Sunday, January 31, 2010

Bidang Astronomi

helloooooooooo sumer

apa khabar kalian...kesibukan tahap infiniti ni membuatkan prof katak terleka seketika tanggungjwab prof katak pd blog ni ...huhu sedihyer dan atas dasar tngjwb tu lh prof katak kini kembali gn tokoh matematik yang kita kagumi ni...jom layanzzzz....

korang nak tahu tak apa maksud astronomi.....Astronomi bermaksud ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang melibatkan kajian berkenaan kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang-bintang. Pada zaman Bani Umayyah, kajian berkenaan astronomi dalam kalangan umat Islam telah diaplikasikan pada pembinaan istana kerajaan tersebut yang dikenali sebagai 'Qusayr Amra'. Pengaplikasian ini terlihat pada binaan istana yang mengikut bentuk gugusan bintang.

Tuntutan dan kewajipan yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah sendiri merupakan dorongan utama kepada penerokaan umat Islam dalam bidang astronomi. Seperti menentukan masuknya waktu solat, bulan–bulan penting seperti Ramadhan untuk memulakan puasa dan sebagainya. Antara penerokaan umat Islam semasa zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah dalam bidang astronomi ialah cerapan alam semesta, astrolob, penghasilan kelendar dan sebagainya.

Pencerapan Astronomi

Sumbangan paling bermakna dalam bidang astronomi ialah bila mana Abu Mansur Malik al-Khawarizmi yang mengarang kitab 'Mafatih al-Ulum' telah berjaya memberikan gambaran yang paling jelas tentang kedudukan angkasa lepas dan kedudukan planet-planet yang mengelilingi di dalamnya. Kejayaan orang Islam dalam bidang ini juga terlakar menerusi penjelasan tentang gerhana matahari yang dihasilkan oleh al-Battani.[1] Kejayaan pencerapan dalam bidang astronomi yang pertama telah direkodkan oleh Abu al-Faiyib Sind Ibnu Ali pada kurun ke-9H. Pada zaman Khalifah al-Makmun, telah terdapat sekumpulan pakar astronomi Muslim yang ditugaskan untuk mengukur lilitan bumi.

Pada awalnya, ahli astronomi Islam menggunakan rumah mereka atau bukit yang tinggi dan berdekatan atau menara masjid sebagai tempat memerhati cakerawala dan bintang. Malah ada kalangan mereka yang membina bangunan balai cerap yang khusus seperti yang dibina oleh Ibnu Yunus di luar bandar Kaherah, Mesir. Pembinaan balai cerap di Maraghah pada tahun 657H adalah langkah pertama yang menukar aktiviti pencerapan yang dilakukan secara individu ke kegiatan institusi-institusi.[2]

Penerokaan Dalam Bidang Matematik

Matematik ataupun ilmu kira-kira merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam itu sendiri. Kemunculan matematik telah memberi banyak peluang kepada orang Islam untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang bumi dan alam semesta. Di bawah dikemukakan antara penerokaan yang dilakukakan oleh umat Islam sepanjang zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah dalam bidang matematik.

Pengenalan Angka Kosong

Tamadun Barat berhutang kepada sistem angka Muslim. Sarjana-sarjana Barat mengetahui sistem angka ini melalui buku al Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1120 M berjudul De Numero Indorum . Lapan puluh dua tahun kemudian, Fibonacci telah menghasilkan sebuah buku Liber Abaci yang kandungannya banyak mempropagandakan kepada orang Barat tentang kebaikan sistem angka Khawarizmi. Perkataan Sifr telah ditransliterasikan sebagai zephirum. Penterjemah Italia, Perancis dan Jerman pula menulis dengan nulla, tzipha, cipher, zenero, cenero dan zephiro. Manakala zero pula muncul pada kurun ke 14 yang kesemuanya merupakan variasi daripada sifr mengikut loghat mereka. Jelasnya kombinasi sifar dengan mana-mana angka asas akan menghasilkan jumlah gandaan yang besar mengikut jumlah angka kosong tersebut.

Pecahan dan Perpuluhan

Angka pecahan dan perpuluhan kita sekarang juga dibina oleh sarjana Muslim dan dipopularkan di Barat hanya bermula pada abad ke 17. Malah istilah Inggeris ‘fraction’ berasal daripada fractio yang berupa terjemahan Latin kepada Kasr di dalam bahasa Arab. Cara penulisan angka pecahan( ¼, 3¾ ) telah dilakukan oleh Al Hassan Abu Kamal (kurun ke 11) dan telah dipopularkan di Barat oleh Fibonacci dan Abraham Ben Ezra(Yahudi). Manakala sistem perpuluhan pula telah diperkenalakan oleh Jamsyid al Kasyi (1430M) serta diperkenalkan di Barat pada 1579 oleh Vieta seterusnya mendapat jolokan ‘bapa perpuluhan’.

Algebra

Perkataan algebra mula diperkenalkan oleh al Khawarizmi (bapa algebra) yang bermaksud pemulihan baki atau ilmu yang membicarakan tentang cara menggunakan simbol dengan hukum dan cara tertentu. Ilmu ini muncul hanya setelah kemunculan buku Hisab al Jjabar wa al Muqabalah, karya Khawarizmi yang kemudiannya dikembangkan ke Eropah dan Itali oleh Leonardo Fibonacci.

Trigonometri

Trigonomeri atau muthallath juga adalah hasil penciptaan orang Muslim. Ianya merupakan cabang matematik yang mengkaji satah dan segitiga sfera. Ia muncul daripada keperluan ahli astronomi kepada bucu-bucu peta di langit dalam sfera alam semesta. Fungsi trigonometri merangkumi nisbah seperti sinus, kosinus, tangent, kontangen dikembangkan di negara Islam. Antara tokoh yang telah mempopularkan ilmu ini iala al khawarizmi, al Battani dan al Biruni.

Geometri

Para sarjana Islam di Baitul Hikmah di Baghdad dan universiti-universiti di Kaherah Mesir juga banyak memberi sumbangan dalam bidang geometri. Geometri sangat berkembang pada zaman Greek, dan orang-orang Islam menterjemahkan karya-karya yang terkenal seperti Euclid. Orang Islam menggunakan pemahaman mereka dalam geometri untuk mencipta pelbagai jenis roda, terutama kincir air dan sistem untuk mengepam air, memperbaiki alat-alat pertanian, mencipta senjata peperangan seperti lastik dan busur.

diharap sumer pengunjung prof katak mendapat manfaat dr blog ini...wassalam....

Friday, January 29, 2010

JawApAn krEAtiF mAtEmAtik

Assalamualaikum w.b.t....

dah lama prof katak tak jenguk blog ni.. maklumlah.. prof katak tengah sibuk untuk uruskan beberapa hal.. maaf kepada pengunjung-pengunjung setia blog prof katak yang sentiasa memberi sokongan.. (^^,)

tadi semasa prof katak duk terjah blog.. prof katak ada la terjumpa something yang memang bagi prof katak sangat unik dan menarik.. prof katak tak menyangka yang matematik adalah sekreatif ini.. tapi bila difikirkan balik, lawak pun ada..

eh. apa pulak yang prof katak cakapkan ni.. ok.. let's see ya!!




Funny-math 1



Funny-math 2




Funny-math 3




Funny-math 4

Funny-math 5




j
Funny-math 6




macam mana??? lawak tak?? kreatif tak jawapan yang diorang bagi?? tapi ni bukanlah jawapan daripada anak murid prof katak atau saudara prof katak.. sebab prof katak ni bakal guru... tak lama lagi, akan menjalani latihan praktikum.. hish.. kalaulah prof katak dapat student macam ni.. memang akan tergelak besar prof katak.. mana taknye.. terlampau kreatif.. masa prof katak jadi student dulu pun tak camni.. maybe sebab prof katak ni bukanlah orang yang kreatif kot..

ok lah.. setakat ni je dahulu celoteh dari prof katak.. kita bertemu lagi dalam episod yang akan datang.. tata titi tutu!!!! (=.-)

Thursday, January 21, 2010

<-: PoLiGoN:->

Salam semua....lama prof.katak tidak menulis di blog ni....rindu pula rasanya. Hari ini prof.katak ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua...POLIGON..

1. Poligon ialah suatu bentuk 2 dimensi yang tertutup yang mempunyai sisi. Namaya berdasarkan bilangan sisi.
2. Terdapat 2 jenis poligon iaitu poligon sekata dan poligon tidak sekata. Poligon sekata mempunyai sisi yang sama panjang dan sudut pedalaman yang sama besar. Contoh hexagon:



3.


Poligon

Bilangan sisi

Segitiga

3 sisi

Segiempat/Sisiempat

4 sisi

Pentagon

5 sisi

Heksagon

6 sisi

Heptagon

7 sisi

Oktagon

8 sisi

4.

Bagi poligon sekata, bilangan paksi simetrinya adalah sama dengan bilangan sisi TETAPI bilangan paksi simetri bagi poligon tidak sekata bergantung kepada bentuk (paksi simetri adalah garis lurus yang membahagi dua sama sesuatu rajah dan jika rajah dilipat pada paksi itu rajah akan saling bertindih tepat di atas satu sama lain).

5.

Bilangan segitiga dalam poligon pula adalah terhasil daripada BILANGAN SISI 2 atau (n – 2)
Contoh:-

6.

Daripada bilangan segitiga akan menghasilkan;


i.

JUMLAH SUDUT PENDALAMAN => bilangan segitiga dalam poligon X 180º (Ini ialah kerana jumlah sudut dalam satu segitiga = 180º)
Contoh:- Untuk rajah di atas(heksagon)
Jumlah Sudut Pendalaman = 4 X 180º = 720º


ii.

Jumlah Sudut Peluaran bagi semua poligon = 360º
Bagi poligon sekata, saiz sudut peluaran = 3600/Bilangan sisi

Poligon

Bilangan Paksi Simetri

Bilangan Segitiga

Jumlah Sudut Pendalaman (º)

Saiz Sudut Peluaran (º)

Segitiga sama

3

1

180

120

Segiempat sama

4

2

360

90

Pentagon sekata

5

3

540

72

Heksagon sekata

6

4

720

60

Heptagon sekata

7

5

900

51.4

Oktagon sekata

8

6

1080

45

Saturday, January 16, 2010

..:: cEritA tEntAng kAtAk kEciL ::..

Assalamualaikum w.b.t...

tadi prof katak ade terbaca satu komen dari pengunjung blog ni.. kalau tak silap la.. cik nora kot.. die cakap camni..."citer pasal katak takde ke??" jadi prof katak pun terpikir la.. ape salahnya kalau untuk entri kali ni.. prof katak masukkan satu kisah pasal prof katak ni... harap cik nora berpuas ati dengan entri kali ni..


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...

… yang berlumba-lumba

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...

Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:

Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!

Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat bijak dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Selalulah tetap....





POSITIVE!




Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:

I can do this!


nak dijadikan cerita.. katak tuli yang jadi pemenang itu telah berjaya dalam hidupnya.. kejayaannya itu telah membuka mata masyarakat sekeliling lalu katak itu telah dianugerahkan gelaran profeser dan kini beliau dikenali sebagai prof katak iaitu owner blog ini.. hehe.. apa yang ingin disampaikan oleh prof katak kali ini adalah untuk sesetengah perkara, kita harus memekakkan telinga kita.. dengan itu, kita pasti akan mengecapi kejayaan.

satu contoh mudah yang prof katak ingin ingin berikan.. jika ada yang mengatakan matematik itu susah.. add math tu payah.. mase sekolah menengah dulu, kalau ambil subjek ni, mesti akan fail.. memang tension sesangat bila fikirkan dua subjek ni kan.. tapi, cuba sesekali kamu pekakkan telinga.. prof katak pasti, yang suatu hari nanti kamu akan sedar yang matematik ni bukanlah sesukar yang kamu pernah dengar sebelum ni.. tetapi.. ye.. ade tetapinye.. tak semua mudah sebenarnya.. yang penting, tanamkan minat untuk sesuatu perkara itu n for sure we will work for it.. and at the end, you will success.. just trust yourself ok.. just like this small frog which finally known as prof katak.. who knows.. one day, the title profeser will be yours..(^^,)

ok.. prof katak mintak diri dulu.. jumpa lagi..

Thursday, January 14, 2010

Cara MudaH HafaL SifiR

Assalammualaikum semua...tadi prof.katak ada terbaca sebuah ringkasan journal bertajuk 'Penguasaan Sifir Darab dalam Matematik Tahap Dua' menerusi http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER yang berbunyi:

"Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis," Agnes Voo Tun Chuan.

Maka prof.katak ingin berkogsi sesuatu dengan anda semua kaedah paling mudah untuk menghafal sifir. Hakikatnya sifir amat mudah jika diberi cara dan teknik yang mudah. Menerusi buku E- Book Mudah sifir kita dapati:
Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan nombor rujukan 10)

Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan jari)


Diharap kaedah - kaedah di atas dapat membantu anda menguasai sifir. sekian..selamat belajar!!

Wednesday, January 13, 2010

..:: rEhAtkAn miNdA dEngAn LAwAk jEnAkA ::..

kalau tadi kite dah tau tips-tips untuk berjaya.. sekarang ape kata kite rehatkan minda dengan sedikit jenaka yang melibatkan matematik.... tapi.. prof katak nasihatkan agar kamu sumer pastikan yang tiada makanan dalam mulut kamu kerana dikhuatiri akan tersembur keluar nanti.. eheks.. ok.. kat sini

Situasi 1

Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.

Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..

Murid-Murid : Baik cikgu..

Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad

Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?

Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..

Cikgu : Hah...??


Situasi 2

Cikgu : Mat, 4 x 6 berapa?

Mat : 24, cikgu...

Cikgu : Bagus, 6 x 4 berapa?

Mat : Sudah tentu 42.


Situasi 3

Pada suatu hari, seorang ibu mengajar anaknya cara mengira.

EMAK: Katakan kita hendak pergi berkelah. Kita mahu minum Coca Cola. Yang pergi berkelah adalah ayah, emak, kamu, kakak dan nenek. Berapa tin Coca Cola yang kita perlu bawa semasa berkelah, supaya setiap orang dapat minum satu tin Coca Cola.

ANAK: Biar saya kira.... mmm... empat tin, mak!

EMAK: Biar betul, nak. Cuba kira lagi.

ANAK: Betullah mak. Empat tin semuanya!

EMAK: Salah! Jawapan betul ialah lima. Bagaimana kamu kira empat, nak?

ANAK: Empat.....

EMAK: Lima!!!!

ANAK:Ya empatlah!!! Orang yang nak minum Coca Cola cuma empat, saya kan mahu minum Pepsi.

EMAK: @#$%@%!!!


Situasi 4

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.

Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".



amacam sumer.. klakar x?? klau x kelakar pn mesti la lawak kan??? eh ade beza ke?? hehe.. rasenye itu sahaja fun story dari prof katak hari ini..

p/s: ini hanyalah untuk suke2 bg merehatkan minda yang telah telah full of number n its all about math... just relax by reading these story.. n make sure you're not eating while reading this..

Tuesday, January 12, 2010

tips-tips

hai sumer,,,camne perjalanan hari ni ok ker,,harap2 hari ni lbh baik dr hri kelmarin dan hari esk di harapkan lbh baik pada hari ni kn.,,nk thu x td masa prof katak tercari-cari bahan tk buat jurnal terjmpa la 1 article ni....jm kite kngsi bersame...hihi sharing is caring kn..

Rahsia pelajar cemerlang

SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.

Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.

1. Tentukan visi anda

Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.

Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.

2. Aturkan langkah anda

Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang masa depan anda sekarang

KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.

Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.

4. Luangkan masa untuk bertindak

Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

5. Konsisten dan jangan mudah mengalah

Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda

Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!

7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri

Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan doa

Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci

Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar daripada kesilapan

Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.

11. Sokongan keluarga yang kuat

Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.

12. Berkawan dengan ramai orang

Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.

13. Gambarkan destinasi kejayaan anda

Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

14. Berdisiplin

Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.

15. Amalkan gaya hidup sihat

Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.

16. Sentiasa jujur

Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.

17. Hargai masa

Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.

18. Sayangilah diri anda sendiri

Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri

Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.

20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya

Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.

Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.


harap2 sumer pengunjung blog prof katak ni dpt manfaat dan faedah bersama... renung-renungkan dan selamat beramal.. (^^,)

Monday, January 11, 2010

SiApA aDi PuTra ????

Assalammualaikum w.b.t.
Hari isnin adalah hari yang agak memenatkan buat prof katak..walaubagaimanapun prof katak tetap akan perbaharui cerita - cerita di blog nei. Sudi-sudikanlah anda membacanya. Baru - baru ini Prof ada terbaca sebuah artikel mengenai kanak - kanak pintar yang bernama Adi Putra. Diharap artikel ini dapat memberi motivasi kepada anda.

“OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”.. Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra.Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.“Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.“Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.“Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra… mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu,” katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.“Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.“Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.“Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.“Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

“Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1,” katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.“Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak’ walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.“Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain,” katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.“Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta,” kata Adi Putra.Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Biodata Adi Putra
==============
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,

* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
* Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Sunday, January 10, 2010

:: ArChiMeDes - Kisah MahKoTa EmaS ::



Hai semua...

Hari ini prof katak ingin berkongsi sebuah kisah mengenai seorang ahli matematik yang berlari tanpa memakai apa-apa pakaian. Peristiwa ini berlaku pada suatu zaman dahulu. Namun, oleh sebab peristiwa ini ganjil dan melucukan, tidak hairan jika peristiwa ini menjadi kisah yang popular sampai sekarang. Ahli matematik itu bernama Archimedes. Archimedes merupakan salah seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah perkembangan ilmu matematik dan kejuruteraan di dunia. Sejarah mencatatkan terdapat satu cerita yang menarik tentang diri beliau.

Pada suatu ketika, Raja Syracuse telah memberikan emas kepada seorang tukang emas. Baginda menitahkan tukang emas itu menyiapkan sebuah mahkota. Apabila siap, berat mahkota itu memang sama dengan berat emas yang diberikan oleh baginda dulu. Namun, baginda mengesyaki tukang emas itu mungkin telah menipu baginda. Tukang emas itu mungkin mencampurkan perak dan merkuri (raksa) pada mahkota tersebut. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Archimedes menyelesaikannya. Archimedes bersedih hati kerana tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Setiap hari, Archimedes asyik memikirkannya.

Suatu hari, semasa hendak mandi, beliau masuk ke dalam kolam mandi yang penuh dengan air. Apabila beliau masuk, sebahagian daripada air itu melimpah keluar. Kejadian itu memberikan akal kepada beliau untuk menyelesaikan jawapan tentang masalah berat mahkota tersebut. Disebabkan terlalu gembira, Archimedes terus berlari ke istana sambil menjerit, "Eureka! Eureka!" (Saya sudah jumpa! Saya sudah jumpa!). Sedangkan pada ketika itu, beliau tidak berpakaian.





sekian sahaja cerita prof katak..di sini prof katak sertakan biografi ringkas mengenai Archimedes:

Archimedes (287 sm - 212sm) adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanahjajahan Syracuse, Sicily, Italy. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". Semasa hayatnya, Archimedes banyak mencipta mesin yang digunakan dalam peperangan. Banyak hasil fikiran beliau dalam bidang matematik dan sains masih digunakan sampai sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-12 sebelum Masihi.