Friday, February 12, 2010

PeNaAkuLan MaNTiK

Assalammualaikum...hai semua..tentu anda ternanti-nanti catatan baru prof.katak...hehehe. Ya ke???
Hari ini prof.katak ingin berkongsi sedikit mengenai PENAAKULAN MANTIK.
Anda tahu apa itu penaakulan mantik? Mantik (logik) sering dikaitkan dengan pernyataan (ayat yang membawa maksud benar atau salah).
Pernyataan ini terbahagi kepada tiga iaitu Implikasi, Hujah, dan Deduksi & Aruhan.

Implikasi
p jika dan hanya jika q

Implikasi 1: Jika p, maka q

Implikasi 2: Jika q, maka p

Hujah
Bentuk 1
Premis 1: Semua A adalah B
Premis 2: C adalah A
Kesimpulan: C adalah B

Bentuk 2
Premis 1: Jika p, maka q
Premis 2: P benar
Kesimpulan: q benar

Bentuk 3
Premis 1: Jika p, maka q
Premis 2: Bukan q benar
Kesimpulan: Bukan p benar

Deduksi & Aruhan
Deduksi:Kesimpulan khusus dari pernyataan umum.

Aruhan:Kesimpulan umum dari kes-kes khusus.


BACALAH...

Selepas menjamu selera, Pak Hassan (bapak Tipah) menghisap rokok.

Pak Hassan: Lepas menjamu diri sendiri, kita jamu jin pulak. Asap ni makanan jin.

Tipah: Kalau yang dijamu itu jin, yang menjamu tu sapa? Bapak Jin?

Mat: Kalau yang tu Bapak Jin, yang ni siapa pulak? (Mat menujukan pandangannya pada Tipah)

Berderai ketawa seisi rumah. Tipah anak jin rupanya.

Pak Hassan: Bagus jawapan hang, pakcik bagi 100 markah!

Tipah: Eeeeee!!!! (Menahan geram.)


Bagaimana??? Mudahkan...mari jawap soalan ni :

" Air mendidih jika dan hanya jika suhunya ialah 100C "

Pilih dua implikasi yang boleh menggantikan pernyataan di atas.


A.Jika air mendidih dan suhunya ialah 100C, maka air tidak membeku.
Jika air tidak membeku dan suhunya ialah 100C, maka air mendidih.

B.Jika suhu air ialah 100C, maka air mendidih.
Jika suhu air ialah 0C, maka air membeku.

C.Jika air mendidih, maka suhunya ialah 100C.
Jika air membeku, maka suhunya ialah 0C.

D.Jika air mendidih, maka suhunya ialah 100C.
Jika suhu air ialah 100C, maka air mendidih.

Sekian..selamat belajar.