Tuesday, January 12, 2010

tips-tips

hai sumer,,,camne perjalanan hari ni ok ker,,harap2 hari ni lbh baik dr hri kelmarin dan hari esk di harapkan lbh baik pada hari ni kn.,,nk thu x td masa prof katak tercari-cari bahan tk buat jurnal terjmpa la 1 article ni....jm kite kngsi bersame...hihi sharing is caring kn..

Rahsia pelajar cemerlang

SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.

Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.

1. Tentukan visi anda

Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.

Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.

2. Aturkan langkah anda

Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang masa depan anda sekarang

KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.

Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.

4. Luangkan masa untuk bertindak

Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

5. Konsisten dan jangan mudah mengalah

Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda

Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!

7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri

Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan doa

Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci

Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar daripada kesilapan

Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.

11. Sokongan keluarga yang kuat

Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.

12. Berkawan dengan ramai orang

Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.

13. Gambarkan destinasi kejayaan anda

Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

14. Berdisiplin

Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.

15. Amalkan gaya hidup sihat

Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.

16. Sentiasa jujur

Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.

17. Hargai masa

Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.

18. Sayangilah diri anda sendiri

Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri

Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.

20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya

Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.

Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.


harap2 sumer pengunjung blog prof katak ni dpt manfaat dan faedah bersama... renung-renungkan dan selamat beramal.. (^^,)

Monday, January 11, 2010

SiApA aDi PuTra ????

Assalammualaikum w.b.t.
Hari isnin adalah hari yang agak memenatkan buat prof katak..walaubagaimanapun prof katak tetap akan perbaharui cerita - cerita di blog nei. Sudi-sudikanlah anda membacanya. Baru - baru ini Prof ada terbaca sebuah artikel mengenai kanak - kanak pintar yang bernama Adi Putra. Diharap artikel ini dapat memberi motivasi kepada anda.

“OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”.. Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra.Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.“Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.“Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.“Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra… mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu,” katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.“Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.“Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.“Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.“Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

“Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1,” katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.“Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak’ walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.“Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain,” katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.“Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta,” kata Adi Putra.Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Biodata Adi Putra
==============
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,

* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
* Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Sunday, January 10, 2010

:: ArChiMeDes - Kisah MahKoTa EmaS ::



Hai semua...

Hari ini prof katak ingin berkongsi sebuah kisah mengenai seorang ahli matematik yang berlari tanpa memakai apa-apa pakaian. Peristiwa ini berlaku pada suatu zaman dahulu. Namun, oleh sebab peristiwa ini ganjil dan melucukan, tidak hairan jika peristiwa ini menjadi kisah yang popular sampai sekarang. Ahli matematik itu bernama Archimedes. Archimedes merupakan salah seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah perkembangan ilmu matematik dan kejuruteraan di dunia. Sejarah mencatatkan terdapat satu cerita yang menarik tentang diri beliau.

Pada suatu ketika, Raja Syracuse telah memberikan emas kepada seorang tukang emas. Baginda menitahkan tukang emas itu menyiapkan sebuah mahkota. Apabila siap, berat mahkota itu memang sama dengan berat emas yang diberikan oleh baginda dulu. Namun, baginda mengesyaki tukang emas itu mungkin telah menipu baginda. Tukang emas itu mungkin mencampurkan perak dan merkuri (raksa) pada mahkota tersebut. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Archimedes menyelesaikannya. Archimedes bersedih hati kerana tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Setiap hari, Archimedes asyik memikirkannya.

Suatu hari, semasa hendak mandi, beliau masuk ke dalam kolam mandi yang penuh dengan air. Apabila beliau masuk, sebahagian daripada air itu melimpah keluar. Kejadian itu memberikan akal kepada beliau untuk menyelesaikan jawapan tentang masalah berat mahkota tersebut. Disebabkan terlalu gembira, Archimedes terus berlari ke istana sambil menjerit, "Eureka! Eureka!" (Saya sudah jumpa! Saya sudah jumpa!). Sedangkan pada ketika itu, beliau tidak berpakaian.





sekian sahaja cerita prof katak..di sini prof katak sertakan biografi ringkas mengenai Archimedes:

Archimedes (287 sm - 212sm) adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanahjajahan Syracuse, Sicily, Italy. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". Semasa hayatnya, Archimedes banyak mencipta mesin yang digunakan dalam peperangan. Banyak hasil fikiran beliau dalam bidang matematik dan sains masih digunakan sampai sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-12 sebelum Masihi.



Saturday, January 9, 2010

InDaHnYA MaTeMatiK...

Apa khabar anda hari ini? Prof Katak harap anda semua sihat. Di kesempatan cuti hujung minggu ini, Prof Katak ingin berkongsi sesuatu tentang keajaiban matematik..diharapkan catatan ini dapat memberi inspirasi untuk anda mendalami ilmu matematik..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 987 65
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebat kan ?

Lihat ini pula :

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Umumnya, apakah yang bersamaan dengan 100%?

Bagaimana pula jika kita mampu memberikan LEBIH daripada 100%?

Pernahkah anda terfikirknnya?

Jika anda berhadapan dengan situasi yang memerlukan anda memberikan LEBIH 100%.

Bagaimana mencapai 101%?

Di sini terdapat sedikit formula matematik yang boleh anda cuba..

Jika:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Diwakili oleh :

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

Tetapi:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Bagaimana pula cinta anda pada Allah..

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Kesimpulannya:

Usaha gigih dan pengetahuan akan membawa kamu menuju impian, manakala sikap yang positif adalah penentu kejayaan tetapi cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul Minhajul'Abidin disebutkan, " tiap - tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu yang Maha Esa".

Fikir - fikirkan...

Friday, January 8, 2010

..:: dEdicAtEd tO AaL fUtUrE tEAchErs ::..

Assalamualaikum w.b.t...

salam perkenalan dari kami owner blog ini. selaku bakal guru yang pastinya akan menempuh pelbagai cabaran, rintangan, dan dugaan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan falsafah pendidikan negara seterusnya menyahut seruan 1Malaysia. kepada para pengunjung kami sajikan dengan sebuah kisah kehidupan sebagai seorang guru yang tetap sabar melayan kerenah anak didiknya .. segalanya bermula di sini....

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


pernahkah anda terfikir yang perkara ni akan berlaku pada diri anda sendiri sebagai seorang guru suatu hari nanti???? sekiranya terjadi, apakah reaksi anda? adakah anda akan meneruskan kerjaya itu atau menamatkannya di situ sahaja.. fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..