Sunday, January 10, 2010

:: ArChiMeDes - Kisah MahKoTa EmaS ::



Hai semua...

Hari ini prof katak ingin berkongsi sebuah kisah mengenai seorang ahli matematik yang berlari tanpa memakai apa-apa pakaian. Peristiwa ini berlaku pada suatu zaman dahulu. Namun, oleh sebab peristiwa ini ganjil dan melucukan, tidak hairan jika peristiwa ini menjadi kisah yang popular sampai sekarang. Ahli matematik itu bernama Archimedes. Archimedes merupakan salah seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah perkembangan ilmu matematik dan kejuruteraan di dunia. Sejarah mencatatkan terdapat satu cerita yang menarik tentang diri beliau.

Pada suatu ketika, Raja Syracuse telah memberikan emas kepada seorang tukang emas. Baginda menitahkan tukang emas itu menyiapkan sebuah mahkota. Apabila siap, berat mahkota itu memang sama dengan berat emas yang diberikan oleh baginda dulu. Namun, baginda mengesyaki tukang emas itu mungkin telah menipu baginda. Tukang emas itu mungkin mencampurkan perak dan merkuri (raksa) pada mahkota tersebut. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Archimedes menyelesaikannya. Archimedes bersedih hati kerana tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Setiap hari, Archimedes asyik memikirkannya.

Suatu hari, semasa hendak mandi, beliau masuk ke dalam kolam mandi yang penuh dengan air. Apabila beliau masuk, sebahagian daripada air itu melimpah keluar. Kejadian itu memberikan akal kepada beliau untuk menyelesaikan jawapan tentang masalah berat mahkota tersebut. Disebabkan terlalu gembira, Archimedes terus berlari ke istana sambil menjerit, "Eureka! Eureka!" (Saya sudah jumpa! Saya sudah jumpa!). Sedangkan pada ketika itu, beliau tidak berpakaian.





sekian sahaja cerita prof katak..di sini prof katak sertakan biografi ringkas mengenai Archimedes:

Archimedes (287 sm - 212sm) adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanahjajahan Syracuse, Sicily, Italy. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". Semasa hayatnya, Archimedes banyak mencipta mesin yang digunakan dalam peperangan. Banyak hasil fikiran beliau dalam bidang matematik dan sains masih digunakan sampai sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-12 sebelum Masihi.



1 comment:

  1. bguskan klu kt bleh aplikasikan ape2 yg kt lalui dlm hidup mnjd fakta sains yg kukuh..malangny manusia hari ini jarang mggunkn akal...=)

    ReplyDelete