Sunday, January 31, 2010

Bidang Astronomi

helloooooooooo sumer

apa khabar kalian...kesibukan tahap infiniti ni membuatkan prof katak terleka seketika tanggungjwab prof katak pd blog ni ...huhu sedihyer dan atas dasar tngjwb tu lh prof katak kini kembali gn tokoh matematik yang kita kagumi ni...jom layanzzzz....

korang nak tahu tak apa maksud astronomi.....Astronomi bermaksud ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang melibatkan kajian berkenaan kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang-bintang. Pada zaman Bani Umayyah, kajian berkenaan astronomi dalam kalangan umat Islam telah diaplikasikan pada pembinaan istana kerajaan tersebut yang dikenali sebagai 'Qusayr Amra'. Pengaplikasian ini terlihat pada binaan istana yang mengikut bentuk gugusan bintang.

Tuntutan dan kewajipan yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah sendiri merupakan dorongan utama kepada penerokaan umat Islam dalam bidang astronomi. Seperti menentukan masuknya waktu solat, bulan–bulan penting seperti Ramadhan untuk memulakan puasa dan sebagainya. Antara penerokaan umat Islam semasa zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah dalam bidang astronomi ialah cerapan alam semesta, astrolob, penghasilan kelendar dan sebagainya.

Pencerapan Astronomi

Sumbangan paling bermakna dalam bidang astronomi ialah bila mana Abu Mansur Malik al-Khawarizmi yang mengarang kitab 'Mafatih al-Ulum' telah berjaya memberikan gambaran yang paling jelas tentang kedudukan angkasa lepas dan kedudukan planet-planet yang mengelilingi di dalamnya. Kejayaan orang Islam dalam bidang ini juga terlakar menerusi penjelasan tentang gerhana matahari yang dihasilkan oleh al-Battani.[1] Kejayaan pencerapan dalam bidang astronomi yang pertama telah direkodkan oleh Abu al-Faiyib Sind Ibnu Ali pada kurun ke-9H. Pada zaman Khalifah al-Makmun, telah terdapat sekumpulan pakar astronomi Muslim yang ditugaskan untuk mengukur lilitan bumi.

Pada awalnya, ahli astronomi Islam menggunakan rumah mereka atau bukit yang tinggi dan berdekatan atau menara masjid sebagai tempat memerhati cakerawala dan bintang. Malah ada kalangan mereka yang membina bangunan balai cerap yang khusus seperti yang dibina oleh Ibnu Yunus di luar bandar Kaherah, Mesir. Pembinaan balai cerap di Maraghah pada tahun 657H adalah langkah pertama yang menukar aktiviti pencerapan yang dilakukan secara individu ke kegiatan institusi-institusi.[2]

Penerokaan Dalam Bidang Matematik

Matematik ataupun ilmu kira-kira merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam itu sendiri. Kemunculan matematik telah memberi banyak peluang kepada orang Islam untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang bumi dan alam semesta. Di bawah dikemukakan antara penerokaan yang dilakukakan oleh umat Islam sepanjang zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah dalam bidang matematik.

Pengenalan Angka Kosong

Tamadun Barat berhutang kepada sistem angka Muslim. Sarjana-sarjana Barat mengetahui sistem angka ini melalui buku al Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1120 M berjudul De Numero Indorum . Lapan puluh dua tahun kemudian, Fibonacci telah menghasilkan sebuah buku Liber Abaci yang kandungannya banyak mempropagandakan kepada orang Barat tentang kebaikan sistem angka Khawarizmi. Perkataan Sifr telah ditransliterasikan sebagai zephirum. Penterjemah Italia, Perancis dan Jerman pula menulis dengan nulla, tzipha, cipher, zenero, cenero dan zephiro. Manakala zero pula muncul pada kurun ke 14 yang kesemuanya merupakan variasi daripada sifr mengikut loghat mereka. Jelasnya kombinasi sifar dengan mana-mana angka asas akan menghasilkan jumlah gandaan yang besar mengikut jumlah angka kosong tersebut.

Pecahan dan Perpuluhan

Angka pecahan dan perpuluhan kita sekarang juga dibina oleh sarjana Muslim dan dipopularkan di Barat hanya bermula pada abad ke 17. Malah istilah Inggeris ‘fraction’ berasal daripada fractio yang berupa terjemahan Latin kepada Kasr di dalam bahasa Arab. Cara penulisan angka pecahan( ¼, 3¾ ) telah dilakukan oleh Al Hassan Abu Kamal (kurun ke 11) dan telah dipopularkan di Barat oleh Fibonacci dan Abraham Ben Ezra(Yahudi). Manakala sistem perpuluhan pula telah diperkenalakan oleh Jamsyid al Kasyi (1430M) serta diperkenalkan di Barat pada 1579 oleh Vieta seterusnya mendapat jolokan ‘bapa perpuluhan’.

Algebra

Perkataan algebra mula diperkenalkan oleh al Khawarizmi (bapa algebra) yang bermaksud pemulihan baki atau ilmu yang membicarakan tentang cara menggunakan simbol dengan hukum dan cara tertentu. Ilmu ini muncul hanya setelah kemunculan buku Hisab al Jjabar wa al Muqabalah, karya Khawarizmi yang kemudiannya dikembangkan ke Eropah dan Itali oleh Leonardo Fibonacci.

Trigonometri

Trigonomeri atau muthallath juga adalah hasil penciptaan orang Muslim. Ianya merupakan cabang matematik yang mengkaji satah dan segitiga sfera. Ia muncul daripada keperluan ahli astronomi kepada bucu-bucu peta di langit dalam sfera alam semesta. Fungsi trigonometri merangkumi nisbah seperti sinus, kosinus, tangent, kontangen dikembangkan di negara Islam. Antara tokoh yang telah mempopularkan ilmu ini iala al khawarizmi, al Battani dan al Biruni.

Geometri

Para sarjana Islam di Baitul Hikmah di Baghdad dan universiti-universiti di Kaherah Mesir juga banyak memberi sumbangan dalam bidang geometri. Geometri sangat berkembang pada zaman Greek, dan orang-orang Islam menterjemahkan karya-karya yang terkenal seperti Euclid. Orang Islam menggunakan pemahaman mereka dalam geometri untuk mencipta pelbagai jenis roda, terutama kincir air dan sistem untuk mengepam air, memperbaiki alat-alat pertanian, mencipta senjata peperangan seperti lastik dan busur.

diharap sumer pengunjung prof katak mendapat manfaat dr blog ini...wassalam....

No comments:

Post a Comment