Friday, January 8, 2010

..:: dEdicAtEd tO AaL fUtUrE tEAchErs ::..

Assalamualaikum w.b.t...

salam perkenalan dari kami owner blog ini. selaku bakal guru yang pastinya akan menempuh pelbagai cabaran, rintangan, dan dugaan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan falsafah pendidikan negara seterusnya menyahut seruan 1Malaysia. kepada para pengunjung kami sajikan dengan sebuah kisah kehidupan sebagai seorang guru yang tetap sabar melayan kerenah anak didiknya .. segalanya bermula di sini....

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


pernahkah anda terfikir yang perkara ni akan berlaku pada diri anda sendiri sebagai seorang guru suatu hari nanti???? sekiranya terjadi, apakah reaksi anda? adakah anda akan meneruskan kerjaya itu atau menamatkannya di situ sahaja.. fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..

4 comments:

  1. hahahha..lawak2...kalau kena kt aku ni pening gak ni..tp semuan tu dugaan..masuklah bidang apa pn,dugaan ttap ada..kita xboleh lari dr masalah..masalah pst akan ikt kita gak.sbg bakal pendidik yg bakal menentukan msa depan ank bngsa,kta perlu b'fkir scra kreatif dan cuba tangani setiap msalah dgn cara seorang yg educated.ingatlah wahai bakal cikgu,marah n merajuk bukan jalan penyelesaian. "kekuatan tidak datang datang dari kemampuan fizikal, tp ianya datang dari semangat yang tidaak pernah mengalah"

    ReplyDelete
  2. btol kata cik islia kte ni.. prof katak sgt bersetuju.. kte xkan dapat lari dari masalah.. seandainya masalah itu mengejar kite, janganlah kte lari.. tetapi harus berdepan denganya.. ketahuilah.. tiada masalah tanpa jalan penyelesaiannya.. watever it is, kredit to cik islia dari prof katak.. (^^,)

    ReplyDelete
  3. skiranya trjd??
    errm x taula. tp rsenya msti sy gelak spnjg ari.

    ReplyDelete
  4. ermm sbenarnya jika dilihat smula kisah ini..pada permulaan cerita..cikgu asyik provoke student. bukan semua keadaan kaedah provokasi bleh digunakan.Jika x kena tempatnya diri sendiri yg trkena.Guru sharusnya lebih bijak menyesuaikan gaya pertanyaannya.

    ReplyDelete