Thursday, January 21, 2010

<-: PoLiGoN:->

Salam semua....lama prof.katak tidak menulis di blog ni....rindu pula rasanya. Hari ini prof.katak ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua...POLIGON..

1. Poligon ialah suatu bentuk 2 dimensi yang tertutup yang mempunyai sisi. Namaya berdasarkan bilangan sisi.
2. Terdapat 2 jenis poligon iaitu poligon sekata dan poligon tidak sekata. Poligon sekata mempunyai sisi yang sama panjang dan sudut pedalaman yang sama besar. Contoh hexagon:



3.


Poligon

Bilangan sisi

Segitiga

3 sisi

Segiempat/Sisiempat

4 sisi

Pentagon

5 sisi

Heksagon

6 sisi

Heptagon

7 sisi

Oktagon

8 sisi

4.

Bagi poligon sekata, bilangan paksi simetrinya adalah sama dengan bilangan sisi TETAPI bilangan paksi simetri bagi poligon tidak sekata bergantung kepada bentuk (paksi simetri adalah garis lurus yang membahagi dua sama sesuatu rajah dan jika rajah dilipat pada paksi itu rajah akan saling bertindih tepat di atas satu sama lain).

5.

Bilangan segitiga dalam poligon pula adalah terhasil daripada BILANGAN SISI 2 atau (n – 2)
Contoh:-

6.

Daripada bilangan segitiga akan menghasilkan;


i.

JUMLAH SUDUT PENDALAMAN => bilangan segitiga dalam poligon X 180º (Ini ialah kerana jumlah sudut dalam satu segitiga = 180º)
Contoh:- Untuk rajah di atas(heksagon)
Jumlah Sudut Pendalaman = 4 X 180º = 720º


ii.

Jumlah Sudut Peluaran bagi semua poligon = 360º
Bagi poligon sekata, saiz sudut peluaran = 3600/Bilangan sisi

Poligon

Bilangan Paksi Simetri

Bilangan Segitiga

Jumlah Sudut Pendalaman (º)

Saiz Sudut Peluaran (º)

Segitiga sama

3

1

180

120

Segiempat sama

4

2

360

90

Pentagon sekata

5

3

540

72

Heksagon sekata

6

4

720

60

Heptagon sekata

7

5

900

51.4

Oktagon sekata

8

6

1080

45

9 comments:

  1. pr0f. katak , saie lemah lam subjek math . . skanx saie study at f0rm 3 xp maseyh xley mguasai math sepenuhnye :)
    bantuw lawh saie , pr0f . . saie buntu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh tu simpan sikit yer...
      Takkan eja pun tak reti
      Bahasa melayu jangan buat main eh

      Delete
    2. Abis kau tu bodoh mt sngt ke smpi lawat page ni

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saiz sudut peluaran untuk nonagon ape erhh?

    ReplyDelete
  4. Saiz sudut peluaran ape yg jwp dia 45°

    ReplyDelete